Etika ketika di Masjid

 


فِى بُيُوتٍ أَذِنَ ٱللَّهُ أَن تُرۡفَعَ وَيُذۡڪَرَ فِيہَا ٱسۡمُهُ ۥ يُسَبِّحُ لَهُ ۥ فِيہَا بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأَصَالِ


“(Nur hidayat petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.” (An-Nuur: 36)


Dalam ayat ini, Allah SWT telah memerintahkan dua hukum utama masjid, iaitu;


1. Agar “dimuliakan keadaannya” yang memerintahkan agar kita membina dan mengekalkannya dalam keadaan bersih


2. “di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah” yangmemerintahkan kita agar melakukan ibadah dalam masjid seperti solat, membaca Al-Quran dan belajar.



Untuk mengikuti perintahan ini, ini adalah 10 etika dalam masjid yang sepatutnya kita mengikuti;


1. Menghormatinya dan menjaganya.


2.Sebagai tetamu di rumah Allah, seharusnya kita menjaga sikap dan percakapan ketika dalam masjid


3. Berwudhu’ sebelum ke masjid. Dalam sebuah Hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda;


“sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan solat, satu langkahnya akan menghapuskan dosanya, dan satu lagi langkah akan meningkatkan darjatnya di Syurga” (Riwayat Muslim)


4. memakai baju yang bersih. Allah SWT berfirman


“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)” (Al-‘Araf: 31)


5. Membaca doa sebelum meninggalkan masjid.


6. Tinggal kenderaan secara tersusun. Daripada Ibnu Abbas, Nabi bersabda “dan membuang bahaya di atas jalan adalah sedekah”


7. Memasuki masjid dengan menggunakan kaki kanan terlebih dahulu sebelum kaki kiri.


8. Melakukan solat sunat. Sabda Rasulullah SAW, “apabila tibanya seseorang out ke masjid, seharusnya dia  terlebih dahulu melakukan solat sunat dua rakaat terlebih dahulu sebelum duduk”


9. Merendahkan suara agar tidak menganggu ibadah orang lain ketika berada dalam masjid.


10. Kekalkan masjid agar selalu berada dalam keadaan bersih dan selesa.


Kesemua etika ini adalah diajar oleh Allah SWT dan Rasulnya, jadi kita patut mengikut perintah ini dengan bersungguh-sungguh agar dapat lebih dekat dengan Allah SWT dan menjadi antara mereka yang dekat dengan rumah ibadah ini.


 

SAFWAN SAADON

Comments

Popular posts from this blog

jenis-jenis Sistem Transmisi mobil

Kudeta Jokowi Mulai Tercium Oleh Prabowo Subianto

Jumlah rakaat shalat tarawih sesuai tuntunan